Tempat menarik di New Zealand Musim Sejuk
Tempat menarik di New Zealand musim sejuk best tak? ada apa kat situ untuk percutian. Pernah tak terfikir macam mana rasa seronoknya musim sejuk di New Zealand? bayangkan pemandangan cantik penuh salji, mesti seronok bermain dengan sukan yang bersesuaian pada musim sejuk , dan cahaya Aurora Australis yang memukau di langit malam. Tapi tunggu dulu, ada lagi yang menarik! Banyak tempat-tempat ‘hidden gems’ yang orang tak tahu. Jom, kita bongkar rahsia-rahsia ni bersama.
Queenstown
Queenstown memang syurga untuk penggemar adrenalin. Dengan pemandangan Tasik Wakatipu yang memukau dan gunung-ganang yang dilitupi salji, anda pasti tak nak lepaskan peluang bermain ski di Coronet Peak atau The Remarkables. Kalau tak pandai main ski, cuba naik Skyline Gondola dan nikmati pemandangan menakjubkan dari atas. Boleh juga try luge ride yang seronok gila!
Mt. Cook
Gunung Cook (Aoraki) adalah tempat paling tinggi di New Zealand. Pemandangan di sini memang luar biasa, terutamanya pada musim sejuk. Kalau suka hiking, cuba Hooker Valley Track dan nikmati pemandangan gunung serta glasier. Kalau berani, cuba mendaki ais dengan pemandu profesional. Memang pengalaman yang takkan dilupakan.
Lake Tekapo
Tasik Tekapo memang cantik gila dengan air biru terang dan lanskap salji yang memukau. Jangan lupa singgah di Gereja Good Shepherd yang ikonik dan berendam dalam air panas di Tekapo Springs sambil menikmati pemandangan tasik. Malam pula, tempat ni terbaik untuk stargazing. Bintang-bintang di langit macam penuh je, betul-betul magik!
Wanaka
Wanaka adalah satu lagi tempat wajib lawat masa musim sejuk. Terletak di tepi Tasik Wanaka dengan latar belakang gunung-ganang, ada banyak aktiviti menarik. Main ski di Treble Cone atau Cardrona, atau kalau nak rileks, jom lawat Wanaka Lavender Farm. Jangan lupa ambil gambar di “That Wanaka Tree,” pokok yang terkenal di tengah tasik tu. Memang insta-worthy!
Te Anau dan Milford Sound
Te Anau adalah pintu masuk ke Milford Sound, fjord yang terkenal di dunia. Masa musim sejuk, tempat ni jadi lebih sunyi dan indah dengan air terjun yang deras dan gunung yang bersalji. Naik kapal persiaran untuk lihat keindahan ni dari dekat, atau cuba jalan-jalan di Milford Track yang popular. Memang best!
So, musim sejuk di New Zealand memang penuh dengan keindahan dan banyak pengalaman yang kita boleh cipta sebagai kenangan.
Aktiviti menarik musim sejuk di New Zealand
Ski dan Snowboard
Tak sah kalau datang ke New Zealand masa musim sejuk, korang mesti cuba main ski atau snowboard. Tempat-tempat macam Coronet Peak dan The Remarkables di Queenstown, serta Treble Cone di Wanaka, memang tempat best untuk luncur salji. Syok gila bila meluncur turun dari gunung yang diliputi salji.
Hot Springs
Lepas penat main salji, apa lagi yang best selain berendam dalam air panas? Rotorua ada banyak hot springs seperti Polynesian Spa dan Hells Gate. Tekapo Springs pun best, boleh berendam sambil tengok pemandangan tasik dan gunung bersalji.
Stargazing
Pemandangan malam di New Zealand memang tak ada tandingan. Tempat macam Lake Tekapo dan Mt. John Observatory memang terbaik untuk stargazing. Bintang-bintang di langit terang benderang, kadang-kadang boleh nampak Cahaya Selatan (Aurora Australis). Serius, magik sangat bila tengok langit terbentang luas macam tu!
Ice Climbing
Kalau anda sukakan aktiviti lasak , cuba ice climbing di Franz Josef atau Fox Glaciers. Panjat glasier yang besar dan nikmati pemandangan dari atas. Ada pemandu profesional yang akan pastikan anda selamat sepanjang pendakian.
Whale Watching
Kaikoura adalah tempat terbaik untuk tengok ikan paus masa musim sejuk. Naik bot dan saksikan ikan paus dari dekat, kadang-kadang boleh nampak dolphin dan anjing laut juga. Pemandangan gunung bersalji tepi laut memang cantik gila.
Glacier Walks
Selain ice climbing, boleh juga jalan-jalan atas glasier. Banyak tour yang tawarkan pengembaraan di atas Franz Josef dan Fox Glaciers. Rasa macam berada dalam dunia lain bila jalan atas ais tebal dan besar ni.
Explore National Parks
Taman Negara seperti Tongariro National Park dan Fiordland National Park memang lawa gila masa musim sejuk. Boleh buat trekking, memancing, atau sekadar nikmati pemandangan indah.
Hobbiton
Untuk peminat “The Lord of the Rings” dan “The Hobbit”, lawatan ke Hobbiton di Matamata adalah wajib. Jalan-jalan di perkampungan Hobbit dan tengok rumah-rumah kecil yang comel. Jangan lupa singgah di The Green Dragon Inn untuk minuman unik.
Kenapa perlu Trip ke New Zealand
Pemandangan Yang Cantik
1. Nikmati keindahan pemandangan bersalji yang menakjubkan seperti di Milford Sound dan Mount Cook.
2. Kalau nak tengok tempat menarik di New Zealand, boleh tengok aurora selatan yang tercantik yang terbentang luas di langit.
Aktiviti Musim Sejuk yang Best
- Main ski dan snowboarding di lokasi famous seperti Queenstown dan Wanaka.
2. Buat aktiviti lasak macam hiking, berjalan atas glasier, dan bungee jumping dalam cuaca sejuk.
Pelajari Budaya
- Rasai budaya Māori di Rotorua dengan lebih mendalam.
2. Sertai festival dan acara khas musim sejuk yang ada di pelbagai bandar.
Healing di New Zealand
- Lari dari kesibukan harian dan enjoy ketenangan di kawasan semula jadi yang luas.
2. Berendam di spa panas macam Polynesian Spa di Rotorua sambil menikmati pemandangan sekitar.
Kehidupan Liar yang Menarik
- Tengok haiwan liar macam penguin dan anjing laut di habitat semulajadi mereka.
2. Lawati tempat perlindungan hidupan liar dan pusat pemuliharaan.
Bercuti di New Zealand masa musim sejuk memang best, dari pemandangan yang cantik, aktiviti yang menarik, pengalaman budaya yang cool, ketenangan, dan kehidupan liar yang menarik.
Percutian musim sejuk ke New Zealand memang tak boleh dilupakan sampai bila-bila.
Mengapa perlu jadikan Terlajak Travel sebagai agen ke New Zealand
- Kami menyediakan itinerary ke New Zealand lengkap yang berdasarkan minat dan masa.
2. Kami menyediakan itinerary ke New Zealand lengkap yang berdasarkan minat dan masa.
3. Menyediakan penginapan yang selesa dan akan memberikan panduan sebelum tempahan lebih awal.
4. Kami juga akan memberikan tips keselamatan untuk musim sejuk dan maklumat sebelum berangkat dan semasa di New Zealand.
5. Menyediakan tips berpakaian dan menjaga suhu dalam cuaca sejuk.
6. Kami akan bawakan ke tempat makan yang halal di sekitar kawasan pelancongan.
𝗣𝗔𝗞𝗘𝗝 𝟏𝟐𝗛𝟏𝟎𝗠 𝐍𝐄𝐖 𝐙𝐄𝐀𝐋𝐀𝐍𝐃 MUSIM SEJUK 2025





New Zealand Wonder North dan South Island
Itinerary New Zealand Pakej 12Hari 10Malam
Hari pertama
Dari Kuala Lumpur ke Auckland.
Berkumpul di airport 6.30 pagi untuk pendaftaran dan Check in.
Penerbangan bersama Batik Air 10.35 pagi ke Auckland.
Hari ke-2
AUCKLAND CITY
Tiba di Auckland International Airport pada jam 5.45 pagi.
Melawat tempat menarik di Auckland dan bermalam.
Hari ke-3
AUCKLAND – MATAMATA- ROTORUA
Lawatan : Melawat ke rumah Hobbiton iaitu set penggambaran filem ‘The Lord Of The Ring’ . Kemudiannya, rumah ini dijadikan tempat pelancongan setelah penggambaran selesai.
Rotorua Geotermal.
Blue Spring Putaruru :
Melihat keindahan air mineral semulajadi , 60% air mineral di New Zealand diambil sumbernya dari sini untuk penjualan.
Bermalam di Rotorua pada hari ke-3 di New Zealand
Hari ke-5
Auckland – ChristChurch
Lawatan di New Zealand seterusnya Skytower Auckland.
Pemandangan bandar Auckland sekitar 360 darjah yang boleh dilihat melalui Skytower Tamaki Makaurau.
Penerbangan domestik ke Christchurch di tengahari Christchurch: Dikenali dengan julukan ‘Garden City.
Botanical Gardenc Taman terbesar dipenuhi bunga-bunga pelbagai warna.
Riverside Market: Aktiviti seterusnya iaitu membeli-belah cenderahati Bermalam di Christchurch.
Hari ke-4
ROTORUA- AUCKLAND
Lawatan ke Red Wood Forest , iaitu hutan yang mempunyai keluasan sekitar 6 ekar.
Dipenuhi dengan Californian Redforest. Keindahan alam semulajadi hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok besar yang cantik tersergam.
Lawatan pilihan seterusnya adalah Maori Village Experience dan kembali ke Auckland untuk bermalam.OT
Berapa harga Trip ke New Zealand
Harga bermula serendah RM 15,490 per dewasa trip ke New Zealand.