Percutian ke Bali : 10 Tempat best di Bali wajib anda kunjungi

percutian ke bali

Percutian ke Bali : 10 Tempat best di Bali wajib anda kunjungi

Bali, sebuah pulau yang terkenal dengan keindahan alamnya. Terdapat kepelbagaian tempat best di Bali yang layak untuk dikunjungi. Jika anda sedang berkira-kira untuk percutian ke Bali, berikut adalah beberapa tempat terbaik yang harus anda kunjungi:

Bila melancong ke luar negara, kalian boleh ikuti petua untuk elakkan Pick Pocket.

Bagaimanakah cara melancong ke bali 

Dengan hati yang berdebar-debar dan penuh harapan.  Saya bersama pasangan iaitu Zara telah berlepas ke Bali dari KLIA 2, perjalanan mengambil masa selama 2 jam lebih.  

 “Ini adalah mukadimah pengembaraan kita bersama, sayang,” bisik Zara padaku dengan nada berbunga-bunga ketika kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai. 

Kami disambut dengan ramah oleh pemandu pelancong  yang terampil dan sopan, seorang wakil dari agensi perjalanan yang telah merancang petualangan ini dengan begitu baik.

Apa aktiviti di Bali sewaktu percutian ke Bali, Indonesia?

Hari pertama percutian ke Bali, Indonesia. Kami melakukan lawatan ringkas ke sebuah mart berdekatan. Kemudian, satu momen yang tidak kami duga terjadi. Justeru, ianya menjadi pengalaman manis buat kami ingati.  Dalam usaha untuk meraih keropok di rak paling atas, saya  tergelincir bersama keranjang belanjaan. 

 Hilaian tawa kami spontan, sebaik mengingati momen pertama kali dalam perjalanan. Walaupun momen tersebut hanya sekejap, namun ia tetap menjadi sebahagian daripada kenangan indah kami berada di Bali.

Mencanting batik

Kami melawat Art Village pada hari kedua berada di Bali. Sebuah tempat yang penuh dengan seni dan budaya Bali. Isteriku Zara, dengan mata yang berkilauan mencuba untuk membuat batiknya sendiri. 

Seperti  yang diperkatakan oleh Zara adalah “ekspresi diri” dan bukan sehelai batik biasa. Itulah dia, selalu mencari cara untuk mengekspresikan dirinya dan menjadikan setiap momen menjadi sesuatu yang istimewa. Jika kalian faham, mencanting batik juga salah satu terapi healing. 

Air terjun Tegenungan

Antara tempat best di Bali, rugi sangat jika percutian ke Bali kalian tidak ke Air Terjun Tegenungan. Kami berkesempatan mengunjungi Air Terjun Tegenungan. Kami berdiri di bawah air terjun itu, menikmati  air dingin yang menyegarkan tubuh kami dan melihat pelangi yang tercipta dari percikan air terjun itu. Seolah-olah kami sedang berada di dalam lukisan yang sangat indah.

Mengapa perlu cuba aktiviti pantai di Bali 

Aktiviti pantai dengan Banana Boat

Aktiviti di Bali seterusnya pada hari ketiga ialah kami melakukan aktiviti  mencabar, dalam masa sama menggembirakan. Di Pantai Tanjong Benoa, kami mencuba berbagai aktiviti sukan air. Sementara itu, untuk sampai ke Pantai Tanjong Benoa mengambil masa selama 3 minit, jika berjalan kaki dari hotel.

Momen yang  paling diingati apabila berada di pantai bali. Zara berteriak gembira ketika dia jatuh dari banana boat ketika mencuba untuk melakukan flip. Kami tertawa terbahak-bahak, dan itulah satu lagi kenangan yang tidak akan pernah kami lupakan.

Pantai di Bali

Perjalanan kami ke Nusa Penida pada hari keempat adalah salah satu pengalaman percutian ke Bali yang paling mengagumkan dalam hidup kami. Ini satu-satunya pengalaman percutian ke bali yang indah. Saat berdiri di tepi Pantai Kelingking, kami tidak boleh  mengagumi dengan keindahan alam yang ada di depan mata kami. 

Kelingking beach

“Macam berada dalam lukisan lah. Subhanallah!  Terlalu indah ianya menjadi kenyataan.”

Ujar Zara sambil melemparkan pandangannya  di sekeliling pantai dengan rasa syukur.  

10 Tempat best di Bali yang wajib anda kunjungi!

  1. Pantai Kuta: Salah satu pantai paling terkenal di Bali, Pantai Kuta menawarkan pasir putih yang indah, ombak yang sempurna untuk beristirehat, dan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Pantai ini juga dikelilingi oleh berbagai kedai, restoran, dan tempat hiburan yang membuatnya menjadi tempat yang meriah dengan kedatangan ribuan pengunjung.

2. Tanah Lot: Salah satu ikon paling terkenal di Bali, Tanah Lot adalah pura yang terletak di atas batu karang di tepi laut. Pemandangan matahari terbenam di Tanah Lot sangat menakjubkan dan menjadi daya tarik utama bagi para wisatawan. Selain itu, Anda juga dapat menikmati pemandangan laut yang indah dan mengunjungi pura-pura lainnya di sekitar area tersebut.

3. Ubud: Terletak di daerah pegunungan Bali, Ubud adalah tempat yang sempurna untuk merasakan kehidupan tradisional Bali. Dikenali sebagai pusat seni dan budaya, Ubud menawarkan galeri seni, pasar tradisional, dan pertunjukan tari Bali yang menakjubkan. Anda juga dapat mengunjungi Monkey Forest, sebuah hutan di tengah kota yang dihuni oleh kera-kera yang ramah.

4. Pulau Nusa Penida: Jika Anda mencari petualangan di Bali, maka Nusa Penida adalah tempat yang tepat untuk Anda. Pulau ini menawarkan pemandangan alam yang indah, seperti pantai-pantai yang indah, tebing-tebing curam, dan air terjun yang menakjubkan. Anda juga dapat melakukan snorkeling atau menyelam di sekitar pulau ini untuk melihat keindahan bawah laut yang luar biasa.

5. Gunung Batur: Bagi para pencinta hiking, mendaki Gunung Batur adalah pengalaman yang tidak boleh dilupakan . Gunung ini terkenal dengan pemandangan matahari terbitnya yang menakjubkan. Anda juga dapat mengunjungi danau Batur yang terletak di kaki gunung ini, dan menikmati pemandangan yang menakjubkan sambil menikmati sarapan di atas bukit.

6. Taman Nasional Bali Barat: Jika Anda menyukai petualangan alam dan ingin melihat kehidupan liar Bali, maka Taman Nasional Bali Barat adalah tempat yang tepat untuk dikunjungi. Taman nasional ini melindungi berbagai spesies langka, seperti banteng Bali, burung Jalak Bali, dan banyak lagi. Anda dapat melakukan trekking, menyelam, atau snorkeling di sekitar taman nasional ini untuk menjelajahi keindahan alamnya.

7. Pantai Jimbaran: Jika anda ingin menikmati makanan laut yang lazat sambil menikmati pemandangan pantai yang indah, maka Pantai Jimbaran adalah tempat yang harus kunjungi. Pantai ini terkenal dengan restoran-restoran yang menyajikan makanan laut segar yang lazat. Anda dapat menikmati makan malam romantis di tepi pantai sambil menikmati matahari terbenam.

8. Pura Besakih: Pura Besakih adalah pura terbesar dan paling suci di Bali. Terletak di lereng Gunung Agung, pura ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan senibina yang indah. Anda dapat mengunjungi pura ini untuk merasakan kehidupan spiritual Bali dan mengagumi keindahan pura yang megah.

9. Tegalalang Rice Terrace: Jika ingin melihat keindahan sawah Bali yang ikonik, maka Tegalalang Rice Terrace adalah tempat yang harus kunjungi. Terletak di daerah Ubud, Tegalalang menawarkan pemandangan sawah yang spektakuler dengan dedaun kehijauan yang indah. Anda dapat berjalan-jalan di sekitar sawah ini atau mengambil foto yang menakjubkan.

10. Pantai Pandawa: Terletak di daerah Kutuh, Pantai Pandawa adalah pantai yang indah dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang jernih. Pantai ini terkenal dengan tebing-tebing batu kapur yang menjulang tinggi di sekitarnya. Anda dapat bersantai di pantai ini, berenang, atau melakukan aktivitas air lainnya.

Antara tempat best di Bali yang wajib anda kunjungi. Dari pantai-pantai yang indah hingga pura-pura yang megah, Bali menawarkan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan. Jadi, jangan ragu untuk rancang percutian ke Bali dan mengeksplorasi keindahan pulau ini.

Mengapakah Pura Ulun Danu menjadi tarikan semasa percutian ke Bali

Tarikan spiritual dengan keindahan temple dan pemandangan Tasik di sekeliling

Hari kelima kami di Bali adalah lebih spiritual dan mendalam. Kerana kami mengunjungi Pura Ulun Danu di Danau Beratan dan Handara Gate. Iaitu dua tempat yang menenangkan jiwa dan memikat mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Jarak hotel ke lokasi mengambil masa selama 2 jam.

Pura Ulun Danu di Danau Beratan adalah Tasik kedua terbesar di Bali, selepas Tasik Batur di Kintamani .

Temple dengan 12 tingkat ini dibina oleh raja Bali Mengwi pada tahun 1633, dan tasik yang terletak di atasnya sebenarnya adalah tasik kawah (dari gunung berapi lama). Tasik Bratan juga merupakan tasik kedua terbesar  Di sini, kami menghabiskan waktu berdua, berbagi cerita dan pikiran, sambil menikmati keindahan alam yang menyejukkan mata.

Bagaimana mahu ke Bali Spa

Berjalan kaki ke spa

Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami rehatkan badan dengan pergi ke bali spa dengan hanya berjalan kaki. Sesi rawatan massage bali spa berlangsung iaitu selama 60 minit.

Selepas tubuh badan segar, kami membeli beberapa cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan kami sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah berdoa dan memberi sokongan kepada kami.

Tempat makan dengan suasana Menarik di Bali

Semasa kami berada di Bali, kami memilih Jimbaran Beach Cafe sebagai tempat makan pilihan. Ianya adalah tempat makan romantik di pantai. Hanya 15 minit ke lokasi. Antara lokasi romantik yang berhadapan dengan pantai di tambah dengan cahaya lilin serta deruan ombak laut. Menu yang kami makan adalah seafood.

Saat saya menulis ini, tidak bisa tidak tersenyum sendiri. Namun, untuk mengenang betapa indahnya perjalanan bulan madu kami, segalanya mungkin. Sebagai pasangan baru, kami belajar banyak perkara baru antara  satu sama lain selama perjalanan ini. Dari senyuman Zara yang mempesona setiap kali dia mencuba sesuatu yang baru, hingga tawa kami yang bergema di sepanjang pantai Bali. Setiap momen adalah sebuah kenangan yang akan kami simpan selamanya.

Bila diingati kembali dengan kata-kata Zara.  “Setiap pengembaraan  adalah satu cerita, dan saya sangat senang  menjadi penulisnya bersama kamu, sayang.” Dan saya tidak sabar untuk menulis lebih banyak cerita bersama Zara di masa yang akan datang.

Percutian ke bali bukan sahaja pengembaraan yang menakjubkan.  Malah pengalaman melancong ke bali kami dicipta dengan banyak kenangan indah selaku pasangan yang baru berkahwin.  Kami  melihat seni tradisional hingga mencuba makanan setempat, dan melawat tempat best di bali yang membuatkan  kami lebih dekat lagi dengan kebudayaan di sana. Kami tidak akan pernah melupakan pengembaraan selama 5 Hari 4 Malam sepanjang berada di Bali.  Jutaan terima kasih kepada pihak agensi perjalanan kami yang telah merealisasikan impian.

Minat menulis artikel dengan format Search Engine Optimization ( SEO ). Email : norazlina181@gmail.com
Back To Top
× Chat On Whatsapp?