Pakej Umrah 2025 : Keselesaan anda, keutamaan Terlajak Travel

pakej umrah 2025

Pakej Umrah 2025 : Keselesaan anda, keutamaan Terlajak Travel

Pakej umrah 2025 antara pakej umrah ziarah masjidil haram Madinah dan Mekah daripada agensi pelancongan muslim daripada Terlajak Travel. Ibadah umrah tidak wajib ditunaikan kepada mereka yang kurang kemampuan, tetapi ia menjadi wajib kepada golongan yang berkemampuan. Di tahun 2025, kami harapkan semakin ramai yang menunaikan ibadah umrah bersama-sama keluarga dan orang tersayang mereka agar keselesaan menunaikan umrah bersama keluarga . Dalam artikel kali ini, akan di dedahkan kelebihan jika anda memilih pakej umrah 2025 daripada kami.

Kelebihan mengambil Pakej Umrah 2025  bersama Terlajak Travel

Antara kelebihan   yang bakal anda terima dengan pakej umrah 2025 adalah :

Anda boleh melakukan ibadah umrah bersama kumpulan kecil iaitu seramai empat orang sahaja. Selain daripada itu, anda juga boleh mengajak ahli keluarga anda bagi melakukan ibadah umrah dalam kumpulan kecil. Disini, anda akan bergerak bersama kumpulan kecil ini. 

Walaupun ianya pakej VIP, harga marhean yang dikenakan adalah masuk akal dengan keselesaan anda semasa berada di Madinah dan Mekah. Jadi, anda dapat fokus melakukan ibadah dengan tenang melalui kumpulan kecil ini. 

Anda tidak perlu risau tentang keselamatan semasa berada dan melakukan ziarah umrah di Mekah. Kerana kami di Terlajak Travel mempunyai team yang sporting. 

Anda akan di bimbing oleh mutawwif berpengalaman iaitu Ustaz Ilham sepanjang mengerjakan  ibadah umrah dan ziarah.

Oleh itu, kami faham dengan keperluan anda serta memenuhi kehendak anda.  

Buat mereka yang mahu pergi bersama keluarga sahaja, pakej umrah VIP adalah bertepatan dengan kehendak anda.

Mengapa anda perlukan pakej umrah 2025?

Pakej private atau lebih di kenali sebagai pakej umrah VIP di cipta kerana bagi memenuhi keperluan, serta memudahkan anda melakukan ibadah umrah dan ziarah dengan selesa. Sebagai contoh, anda atau ahli keluarga yang tidak kuat kakinya atau mempunyai masalah kesihatan lain seperti keuzuran warga emas untuk berjalan daripada hotel ke Madinah.

Pakej Umrah 2025  daripada Terlajak Travel

Apa yang kami tawarkan dalam pakej umrah 2025 ini :

Pengangkutan selesa semasa Umrah 

Kami menyediakan kepada para jemaah dengan jenis pengangkutan daripada GMC ( General Motors Company ) iaitu kenderaan SUV atau pikap dan High Speed train.

Untuk keselesaan menunaikan ibadah umrah dan ziarah, anda diberi menaiki haramain speed train iaitu memudahkan perjalanan anda daripada bandar Mekah ke Madinah. Dengan berkelajuan 300 km/j dan 450 km panjang kereta api tersebut.

GMC Transport

Setibanya anda dari lapangan terbang Jeddah, anda akan di sambut oleh mutawwif kami dengan menaiki pengangkutan daripada GMC. Di bawa terus dari airport Jeddah ke hotel di Mekah.

Haramain speed train

Hari ke-6 anda akan menaiki speed train ini. Untuk sampai ke stesen Haramain Speed Train, anda akan di bawa dengan menaiki pengangkutan GMC. Daripada Mekah ke kota Madinah. Segala urusan tiket, diuruskan awal oleh pihak kami.

Hotel di Mekah dekat Masjidil Haram

Bagi memastikan keselesaan para jemaah. Kami mengambil hotel 5 bintang yang terdekat iaitu Safwah Al-Ghufran hotel 50 meter dari masjidil haram dan jarak hotel safwah ke masjidil haram yang tidak jauh dari bandar tersebut.

Hotel yang berdekatan dengan kaabah , dan juga Arafat. Memberikan keselesaan kepada para jemaah selepas umrah.

Hotel di Madinah

Hotel 5 bintang yang menjadi pilihan kami untuk para jemaah adalah di Rove Al-Madinah. Terletak dengan strategik 120 meter dari Masjidil Haram. Perpustakaan bersejarah King Abdul Aziz terletak sejauh 10 minit berjalan kaki. Beberapa bilik hotl juga mempunyai ruang tamu yang berasingan dengan ruang makan. Hotel ini mempunyai 4 restoran kontemporari, setiap satunya menyajikan pelbagai masakan Asia secara buffet International. Para tetamu juga boleh menikmati makanan di teres atau dalam privasi bilik 

Apa Check list sebelum pergi umrah?

Visa 

30 hari sebelum berlepas, pastikan visa anda masih sah di gunakan. Jangan buat di saat terakhir. 

Tanpa visa, anda tidak boleh mengerjakan umrah, ini kerana visa adalah akses untuk masuk ke Arab Saudi. 

Passport 

Jika anda tidak pernah berkunjung kemana-mana Negara luar, sila pastikan anda mempunyai Passport. Jika tiada, sila buat di Pejabat Imigresen Malaysia. Pasport ialah seperti kad pengenalan yang kita miliki di Malaysia. 

Dokumen 

Jika wanita berkahwin : diperlukan dokumen-dokumen seperti salinan sijil lahir isteri, salinan sijil perkahwinan, salinan salinan sijil surat nikah ( bagi yang sudah berkahwin ) . 

Dokumen Jika kanak-kanak ikut serta umrah  : Salinan sijil kelahiran anak, dan Salinan sijil bapa atau abang ( jika bapa dan abang tidak sertai )

Apa checklist sebelum pergi Umrah bagi wanita dan lelaki ?

  1. Pakaian umrah wanita

Jika ada yang tertanya-tanya berapa pasang baju ke umrah yang mahu di bawa? Ini jawapannya. 

Hendaklah membawa  jubah berwarna hitam jenis seluar, atau jubah bewarna putih dan tidak jarang kainnya. Bawa sebanyak 3 helai sahaja, dan selebihnya jika tidak mencukupi anda boleh membeli disana . Atau anda boleh membasuhnya sewaktu di hotel. 

  1. Kasut Saie 

Bagi mengelakkan tergelincir  sewaktu mengerjakan ibadah umrah, anda boleh mencari kasut saie yang sesuai. Anti slippery. Mudah pergerakan anda. 

  1. Stokin kaki 

Pastikan anda membawa stokin kaki 3 helai, jenis tidak terlalu tebal dan nipis. Dikhuatiri kaki akan berbau jika menggunakan stokin yang sama sepanjang mengerjakan umrah. 

  1. Handsock 

Wajib bagi wanita ketika mengerkan ibadah umrah dan ziarah. Sediakan 2 pasang sarung tangan yang selesa. Iaitu tidak terlalu tebal dan tidak nipis. Pastikan kain handsock tidak melorot ke bawah. 

  1. Kasut 

Walaupun anda sudah mempunyai kasut saie, jangan lupa juga bawa sepasang kasut sukan. Ini keperluan  bagi aktiviti ziarah selepas umrah selesai. Aktivit sedikit lasak seperti memanjat bukit, berjalan mengunjungi kilang kurma dan aktiviti membeli -belah serta melawat tempat-tempat lain bersejarah sekitar Madinah.

  1. Telekung 

Kain telekung hendaklah labuh dan jenis biasa. Tetapi, pastikan kain telekung tidak terlalu labuh, risau sewaktu tawaf bersesak dengan jemaah lain dan menyebabkan kain tertarik. 

  1. Tudung 

Pastikan bawa 3 helai tudung labuh. Jenis tudung yang menutupi bawah dagu serta selesa di pakai sewaktu berada di Mekah dan Madinah. 

8. Tahalul atau bercukur

Jangan lupa bawa alat pencukur atau gunting kecil. Bertahalul dengan mencukur rambut atau jika tiada alatan untuk bertahalul, anda boleh mencabut sekurang-kurangnya 3 helai rambut bagi memenuhi syarat rukun umrah yang ke-empat.

9. Kain Ihram

Jika kaum perempuan ketika menunaikan umrah dengan kain telekung solat. Manakala, kaum lelaki mengenakan kain ihram yang dipakai bersama tali pinggang. Anda boleh bawa 2 helai

10. Beg Uncang kasut

Perkara wajib ketika berada di sekitar masjid, kasut wajib di cabut. Sedia maklum, bila berada di masjid, terdapat ribuan para jemaah yang memasuki masjid. Bagi mengelakkan tertukar di bahagian rak kasut, anda boleh masukkan kasut anda ke dalam uncang kasut dan bawa bersama ke dalam masjid asalkan bersih daripada sebarang najis.

11. Botol spray wuduk

Antara barang keperluan ketika menunaikan umrah ialah membawa botol spray wuduk. Pastinya cara ini dapat mengelakkan kesesakan ketika berwuduk dan juga dapat jimatkan masa antara tempat berwuduk dan masjid. Anda boleh terus berwuduk dengan cara ini spray.

12. Baju dan seluar

Digalakkan bagi kaum lelaki untuk membawa tshirt dan seluar yang selesa ketika berada di hotel dan juga aktiviti ziarah ke tempat-tempat bersejarah.

13. Capal

Jemaah lelaki di galakkan memakai selipar atau capal sewaktu menunaikan ibadah umrah. Mereka di larang menggenakan stokin atau menutup jari-jari kaki.

Selain itu, selipar yang sesuai juga bagi melakukan aktiviti ziarah di Madinah.

14. Ubat-ubatan

Jangan lupa bawa ubat-ubatan ketika menunaikan umrah. Tujuannya sebagai persediaan awal ketika di sana. Ini kerana perubahan cuaca di sana tidak sama dengan Malaysia, jadi sediakan dari awal. Seperti panadol dan minyak angin.

15. Wang belanja

Bawa secukupnya sahaja. Ingat tujuan asal ibadah umrah hanya untuk beribadah. Namun, jika anda mahu berbelanja besederhana sahaja. Jangan risau, di sana terdapat ATM untuk pengeluaran wang tunai.

Antara hikmah dan kelebihan kepada mereka yang menunaikan ibadah umrah :

  1. Dapat menyaksikan tempat-tempat bersejarah di zaman Nabi SAW.
  2. Dapat menyucikan hati daripada sifat-sifat terkeji seperti bersangka-sangka dan bersabar dengan setiap ujian daripada Allah SWT.
  3. Tidak akan dihisab jika meninggal di tanah suci Allah.
  4. Dalam sahih hadis ada mengatakan bahawa, pahala ketika menunaikan ibadah umrah lebih besar dan menyamai ibadah haji.
  5. Menghapuskan dosa-dosa kecil dan besar jika menunaikan umrah. “Satu ibadah umrah sehingga sampai ke umrah seterusnya, dosa-dosa terhapus.” Riwayat Al-Bukhari.
  6. Jemaah umrah dan haji adalah tetamu Allah SWT. Segala doa yang mereka pinta, pasti mudah termakbul.

Apa kata pelanggan yang menggunakan  agensi pelancongan kami?

“Sangat bagus untuk 1st timer pergi Umrah”

“Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu serta bimbing kami, yang pertama kali menunaikan umrah.

★ ★ ★ ★ ★

— Syed Zafirna

“Puas hati”

Kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Terima kasih Mutawwif kerana membimbing dan menjaga kami semasa di sana. Dan kami juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah kami sepanjang proses tempahan dan umrah tempoh hari .

★ ★ ★ ★ ★

— Tuan Adlan.

“Perjalanan lancar dan terancang”

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan umrah kami seisi keluarga. Sepanjang berada di Mekah dan Madina. Jadual kami terancang, lancar urusannya. Terima kasih menyantuni kami sepanjang mengerjakan umrah dan ziarah. –

★ ★ ★ ★ ★

— Puan Norazeani.

Alhamdulillah, jutaan terima kasih kami dan team Terlajak Travel.

Kesimpulannya mengenai Pakej Umrah 2025

Sekiranya anda tiada pengalaman menunaikan ibadah umrah dan ziarah, jangan risau kerana kami mempunyai mutawwif dan mutawifah berpengalaman. Serta ketika berada di Mekah dan Madinah, segala pertanyaan anda akan di jawab dengan sebaik mungkin, serta kami akan pastikan sepanjang perjalanan anda lancar di sana. Sebelum bertolak ke Umrah pada tarikh, kami akan guide anda juga. Jika anda mahu ulangi menunaikan umrah bersama kami secara kumpulan kecil, terus hubungi kami.

Tempah pakej umrah 2025 sekarang dengan klik butang whatsapp

Minat menulis artikel dengan format Search Engine Optimization ( SEO ). Email : norazlina181@gmail.com
Back To Top
× Chat On Whatsapp?