Pakej Umrah VIP 2024 : Umrah selesa bersama Keluarga

pakej umrah VIP

Pakej Umrah VIP 2024 : Umrah selesa bersama Keluarga

Pakej umrah VIP atau pakej umrah bersama keluarga yang ditawarkan oleh syarikat Terlajak Travel Sdn. Bhd sudah pastinya menjadi pilihan kepada mereka yang inginkan keselesaan dari tiket penerbangan, penginapan di hotel semasa di Mekah, pengangkutan  dan lawatan privasi ketika menunaikan umrah. Dalam artikel ini, kami akan bawakan anda untuk fahami kelebihan serta rasai sendiri pengalaman umrah  dan mengapa anda perlukan pakej umrah VIP daripada kami dan bukannya yang lain. 

pakej umrah VIP

Apakah persediaan sebelum pergi Umrah?

Wajib bagi anda yang ingin mengerjakan ibadah umrah. Ini adalah persediaan awal sebelum jejakkan kaki ke tanah Mekah dan Madinah.

Latih diri dengan perbanyakkan solat-solat sunat

Perbanyakkan solat-solat sunat seperti taubat, tahajjud, Hajat, dan sunat sebelum menunaikan solat fardhu. Dengan melakukannya, anda sudah terbiasa duduk lama di sejadah. Manakala solat sunat di tengah malam seperti Tahajud mengajar anda untuk bangun di tengah malam.

Perlu menjaga tutur kata

Mula menjaga lisan daripada berkata sesuatu yang buruk. Sentiasa bersangka baik dengan orang sekeliling.

Latih diri dengan sifat sabar

Perlu bersabar dalam segala hal. Banyakkan istighfar bagi mengelakkan sifat amarah menguasai diri. Terima dengan hati yang terbuka dalam ujian, reda bantu memberi ketenangan.

Membaca sirah Nabi

Salah satu cara kita mengagungkan Nabi dan para sahabat adalah dengan membaca sirah-sirah Nabi. Tambahan lagi, ia persediaan awal untuk anda semasa melakukan Ibadah umrah ziarah.

Selain daripada itu, anda perlu latih diri perbanyakkan berselawat keatas Nabi S.A.W tanda cinta keatas nya. Sebagai contoh berselawat 1,000 kali sehari.

Baiki solat dengan lebih baik

Walaupun anda seorang yang solat, apa salahnya jika perbaiki solat sebelum pergi ke umrah. Ikuti mana-mana kelas fardhu bagi memperbaiki solat. Disamping itu, biasakan aktiviti ke masjid bagi merasai dan mendengar ceramah-ceramah yang di sampaikan oleh penceramah.

Dokumentasi yang Diperlukan Selamat

Pastikan anda mempunyai semua dokumen perjalanan yang diperlukan. Seperti visa dan pasport anda. Buat salinan dan simpan di tempat yang berasingan sekiranya berlaku kehilangan.

Persediaan Kesihatan

Bawa ubat-ubatan penting dan peti pertolongan cemas asas. Sila pek dalam beg yang mudah dan kemas.

Pek dengan Bijak

Kemaskan pakaian yang sederhana dan selesa sesuai dengan iklim. Jangan lupa barangan penting seperti jubah berseluar jenis kain tidak jarang, sejadah, beg galas kecil dan kasut yang selesa.

Ikuti Garis Panduan dan Peraturan

Patuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan Saudi dan pihak berkuasa yang menguruskan tapak suci. Ini termasuk pematuhan kod pakaian dan peraturan tingkah laku.

Belanjawan dengan Bijak

Rancang perbelanjaan untuk membeli-belah sewaktu berada di Mekah dan Madinah. Ingat tujuan asal Umrah, jadi bersederhana ketika berbelanja.


Pakej VIP antara Senarai Pakej Umrah Istimewa Untuk Anda

Antara kelebihan   yang bakal anda terima dengan pakej umrah  VIP adalah :

Anda boleh melakukan ibadah umrah bersama kumpulan kecil iaitu seramai empat orang sahaja. Selain daripada itu, anda juga boleh mengajak ahli keluarga anda bagi melakukan ibadah umrah dalam kumpulan kecil. Disini, anda akan bergerak bersama kumpulan kecil ini. 

Walaupun ianya pakej VIP, harga marhean yang dikenakan adalah masuk akal dengan keselesaan anda semasa berada di Madinah dan Mekah. Jadi, anda dapat fokus melakukan ibadah dengan tenang melalui kumpulan kecil ini. 

Anda tidak perlu risau tentang keselamatan semasa berada dan melakukan ziarah umrah di Mekah. Kerana kami di Terlajak Travel mempunyai team yang sporting. 

Anda akan di bimbing oleh mutawwif berpengalaman iaitu Ustaz Ilham sepanjang mengerjakan  ibadah umrah dan ziarah.

Oleh itu, kami faham dengan keperluan anda serta memenuhi kehendak anda.  

Buat mereka yang mahu pergi bersama keluarga sahaja, pakej umrah VIP adalah bertepatan dengan kehendak anda.

Mengapa anda perlukan pakej umrah VIP?

Pakej private atau lebih di kenali sebagai pakej umrah VIP di cipta kerana bagi memenuhi keperluan, serta memudahkan anda melakukan ibadah umrah dan ziarah dengan selesa. Sebagai contoh, anda atau ahli keluarga yang tidak kuat kakinya atau mempunyai masalah kesihatan lain seperti keuzuran warga emas untuk berjalan daripada hotel ke Madinah.

Pakej Umrah VIP daripada Terlajak Travel

Apa yang kami tawarkan dalam pakej ini :

Pengangkutan selesa

Kami menyediakan kepada para jemaah dengan jenis pengangkutan daripada GMC ( General Motors Company ) iaitu kenderaan SUV atau pikap dan High Speed train.

Untuk keselesaan menunaikan ibadah umrah dan ziarah, anda diberi menaiki haramain speed train iaitu memudahkan perjalanan anda daripada bandar Mekah ke Madinah. Dengan berkelajuan 300 km/j dan 450 km panjang kereta api tersebut.

GMC Transport

Setibanya anda dari lapangan terbang Jeddah, anda akan di sambut oleh mutawwif kami dengan menaiki pengangkutan daripada GMC. Di bawa terus dari airport Jeddah ke hotel di Mekah.

Haramain speed train

Hari ke-6 anda akan menaiki speed train ini. Untuk sampai ke stesen Haramain Speed Train, anda akan di bawa dengan menaiki pengangkutan GMC. Daripada Mekah ke kota Madinah. Segala urusan tiket, diuruskan awal oleh pihak kami.

Hotel di Mekah dekat Masjidil Haram

Bagi memastikan keselesaan para jemaah. Kami mengambil hotel 5 bintang yang terdekat iaitu Safwah Al-Ghufran hotel 50 meter dari masjidil haram dan jarak hotel safwah ke masjidil haram yang tidak jauh dari bandar tersebut.

Hotel yang berdekatan dengan kaabah , dan juga Arafat. Memberikan keselesaan kepada para jemaah selepas umrah.

Hotel di Madinah

Hotel 5 bintang yang menjadi pilihan kami untuk para jemaah adalah di Rove Al-Madinah. Terletak dengan strategik 120 meter dari Masjidil Haram. Perpustakaan bersejarah King Abdul Aziz terletak sejauh 10 minit berjalan kaki. Beberapa bilik hotl juga mempunyai ruang tamu yang berasingan dengan ruang makan. Hotel ini mempunyai 4 restoran kontemporari, setiap satunya menyajikan pelbagai masakan Asia secara buffet International. Para tetamu juga boleh menikmati makanan di teres atau dalam privasi bilik mereka.

Apakah aktiviti umrah di Mekah dan Madinah

Berikut merupakan sebahagian perjalanan umrah secara ringkas dari Kuala Lumpur ke Jeddah.

  1. Berkumpul di Kuala Lumpur International Airport ( KLIA ) di Aras 5 pada jam 1.30 petang.
  2. Check in bagasi, taklimat ringkas sebelum perjalanan dan bacaan doa.
  3. Tiba di Jeddah, serta disambut oleh mutawwif. Seterusnya para jemaah di bawa dengan menaiki pengangkutan GMC terus ke hotel Mekah untuk check in.
  4. Berehat seketika, sebelum melakukan umrah pertama.

Hari ke-2 di Mekah

  1. Solat di masjid dan perbanyakkan Tawaf sunat.
  2. Saranan untuk beristirehat serta memperbanyakkan Ibadat dan aktivti bebas akan
    dicadangkan mengikut kesesuaian masa.

Seterusnya para jemaah akan di bawa ke tempat-tempat bersejarah di Mekkah dan Madinah. Seperti Ziarah Kota Mekah Seperti Jabal Tsur, Jabal Rahmah, tempat-tempat Manasik Haji termasuklaha Arafah, Mina, Jamrah. Dan Masjid Ji’rannah untuk niat umrah kali kedua serta selesai Umrah kedua.

Ziarah taif kami berikan secara PERCUMA dalam Pakej Umrah Private

Ziarah di kota Taif yang terletak di Mekah. Antara lokasi popular dengan bunga rose segar dan wangi di kaki pergunungan. Para jemaah akan di bawa melawat ke kilang rose.

Terus ke Masjid Abdullah bin Abbas, Masjid Qarnul Manazil – Umrah ketiga ( option dan Tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa di sana )

Bila dan dimanakah High Speed Train digunakan?

Para jemaah akan menaiki Haramain Speed Train pada hari ke-6 sewaktu berada di Mekah menuju ke Madinah. Menaiki train ini untuk Check In ke Hotel di Madinah.

Selain daripada itu, pakej umrah ziarah ini turut menawarkan lokasi wajib di Madinah. Iaitu Ziarah dalam dan luar Madinah.

Ziarah dalam Madinah meliputi tempat-tempat sejarah sekitar masjid Nabawi. (Ziarah Maqam Rasulullah SAW, Maqam Abu Bakar RA, Maqam Umar RA – Perkuburan Baqi’) Ziarah Raudhah (masuk ke raudhah mengikut masa slot yang telah di tempah)

Ziarah luar Madinah berada di luar Masjid Nabawi iaitu Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud, dan makam para Syuhada Uhud, Ladang Tamar serta perkuburan Baqi’.

Para jemaah sedang mendengar sirah nabi daripada Mutawwif

Testimoni pelanggan Pakej Umrah VIP Terlajak Travel


“Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang banyak membantu serta bimbing kami, yang pertama kali menunaikan umrah. – Syed Zafirna.

Kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Terima kasih Mutawwif kerana membimbing dan menjaga kami semasa di sana. Dan kami juga ingin memohon kemaafan sekiranya ada silap dan salah kami sepanjang proses tempahan dan umrah tempoh hari . – Tuan Adlan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan umrah kami seisi keluarga. Sepanjang berada di Mekah dan Madina. Jadual kami terancang, lancar urusannya. Terima kasih menyantuni kami sepanjang mengerjakan umrah dan ziarah. – Puan Norazeani.

Alhamdulillah, kami di Terlajak Travel juga rasa bahagia apabila para jemaah berpuas hati dengan pakej umrah private.

pakej-umrah-VIPpakej-umrah-VIP


Berapakah harga Pakej Umrah PRIVATE?

Selama 12 Hari 10 malam dengan mengikuti pakej Umrah VIP / Private daripada Terlajak Travel. Pakej ini secara berempat. Sesuai untuk anda yang mahu pergi umrah bersama keluarga kecil. Dengan harga RM 11,490.00 anda layak nikmati kemudahan yang diberikan. Juga diberikan 2 beg premium daripada umrahku.my .

pakej-umrah-VIP
Turut memudahkan individu warga emas di sana dengan Pakej Umrah VIP daripada Terlajak Travel

Secara ringkasnya, Pakej Umrah VIP popular sebagai pilihan yang luar biasa untuk individu atau mereka yang inginkan pergi umrah bersama keluarga inginkan perjalanan umrah mewah dan selesa . Pakej ini menawarkan kemudahan eksklusif, perkhidmatan yang disesuaikan, dan jadual perjalanan yang lancar, pakej ini direka untuk memenuhi keselesaan dan kemudahan jemaah semasa menunaikan umrah mereka. Walaupun ia datang dengan tanda harga yang lebih tinggi berbanding pakej standard, faedah tambahan dan perhatian kami lebih teliti menjadikannya pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari pengalaman Umrah premium.

Book Now untuk Pakej Umrah VIP sebelum penuh. Bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah di bulan ramadan 2024 , boleh rujuk sini .

Minat menulis artikel dengan format Search Engine Optimization ( SEO ). Email : norazlina181@gmail.com
Back To Top
× Chat On Whatsapp?