Dikelilingi pergunungan, lembah, tasik dan sungai. Itulah negara Kashmir yang terletak di bahagian utara benua kecil di India. Di Kashmir pelbagai aktiviti anda boleh lakukan seperti berkhemah di pergunungan, bermain ski ,trekking , dan menaiki perahu di Dal Lake. Bagi melancarkan aktiviti anda di sana, kami agensi pelancongan di Terlajak Travel turut menyediakan kashmir muslim tour package private buat anda yang mahukan keselesaan ketika bercuti dan urusan lancar dengan jumlah kumpulan yang kecil. Dalam artikel ini kami kongsikan maklumat mengenai pakej percutian Kashmir 2024 kami.
Sebelum pergi bercuti ke Kashmir, apa kata kita selidiki dahulu sudut Geografi Kashmir. Kashmir muslim tour package kami meliputi negara Kashmir, Agra dan Delhi.
Pergunungan Himalaya
Bahagian utara dan barat Kashmir dikelilingi oleh banjaran gunung Himalaya yang megah. Wilayah ini termasuk beberapa puncak tertinggi di dunia, menyumbang kepada landskap yang menakjubkan dan indah.
Lembah
Lembah Kashmir, sering dirujuk sebagai “Lembah Kashmir,” ialah sebuah lembah yang besar dan subur yang dikelilingi oleh Himalaya di semua sisi. Ia terkenal dengan kehijauan yang subur, padang rumput yang meriah dan landskap yang indah.
Sungai dan Tasik
Wilayah ini dipenuhi dengan banyak sungai dan tasik. Sungai Jhelum, salah satu sungai utama di benua kecil India, mengalir melalui Lembah Kashmir. Tasik Dal di Srinagar ialah tasik altitud tinggi yang terkenal dan ciri yang menonjol di rantau ini.
Sempadan
Kashmir berkongsi sempadan dengan India, Pakistan dan China. Line of Control (LoC) berfungsi sebagai sempadan de facto antara bahagian yang ditadbir oleh India dan Pakistan, manakala Line of Actual Control (LAC) menyempadankan sempadan dengan China.
Table of Contents
Betul ke nak ke bercuti di Kashmir perlu tengok musim?
Ada betulnya, jika anda mahu menikmati kesemua musim-musim yang ada di bumi Kashmir . Di sini kami senaraikan 4 jenis musim iaitu musim sejuk di Kashmir, musim bunga, musim luruh, dan musim panas yang patut anda nikmati sebagai pelancong.
Musim sejuk di Kashmir
Musim sejuk adalah sejuk dengan suhu 2-10 darjah Celcius. Antara bulan Disember hingga Februari adalah musim sejuk. Diikuti dengan salji turun dengan lebat di kawasan yang lebih tinggi. Melancong ke Kashmir musim sejuk adalah paling menyeronokkan , kerana ia destinasi popular untuk sukan musim sejuk seperti sukan ski.
Musim sejuk di Kashmir tidak sama dengan musim sejuk di Turki yang mana ia bermula pada bulan November sehingga March.
Musim Panas
Musim panas adalah sederhana dan menyenangkan. Ia bantu menarik pelancong untuk menikmati cuaca yang menenangkan dengan beriadah di Tasik-tasik dan danau. Suhu musim panas di Kashmir sekitar 20-30 darjah Celcius.
Musim Bunga
Manakala, musim bunga pada bulan Mac hingga April. Suhu sekitar 15 hingga 18 darjah celsius sahaja. Musim buah di Kashmir juga pada bulan Mac hingga April. Antara buah-buahan yang ada di Kashmir adalah Peach, Cherry dan Almond. Jika mahu feeling seperti cerita-cerita hindustan, anda boleh datang ke Kashmir pada musim bunga. Ada pelbagai jenis bunga mekar pada musim ini seperti Bunga tulips dan lain-lain.
Musim Luruh
Musim luruh adalah yang paling menarik sekali. Ini kerana kesemua daun-daun akan bertukar warna keemasan dan luruh ke tanah apabila tiba musimnya pada bulan September hingga November. Suhu ketika musim luruh sekitar 15 – 25 darjah celcius.
Menarik kan musim-musim yang ada di Kashmir? Jika anda masih berkira-kira untuk bercuti. Kashmir tour package private adalah pilihan tepat.
Selain daripada 4 musim diatas. Tarikan lain untuk ke Kashmir kerana ia meliputi kepelbagaian Flora dan Fauna. Wilayah ini kaya dengan biodiversiti, dengan pelbagai flora dan fauna. Hutan tebal meliputi bahagian Kashmir, menjadikan habitat untuk pelbagai spesies hidupan liar. Dan disebakan ini juga ramai yang berminat dengan Kashmir tour package yang kami sediakan ini.
Penduduk di Kashmir majoriti adalah Islam sejak penaklukan abad ke-14. Dan selebihnya adalah hindu. Sejarah Kashmir juga berkait rapat dengan agama Hindu, dan sebelum penyebaran Islam, Hindu adalah agama majoriti di rantau ini. Beberapa kuil Hindu yang terkenal berada di Kashmir.
sumber wikipedia.
Aktiviti yang anda bakal ikuti ke Kashmir package private kami.
Kashmir muslim tour package kami dengan melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.
Nishat Bagh
Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Dibina pada tahun 1633 oleh Maharaja Shah Jahan dengan pemandangan indah menghadap tasik dan Zabarwan Mountains.
Setiap teres dibina dengan senibina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal. Teres ke-2 merupakan teres yang paling cantik dan menjadi tumpuan pelancong.
Shalimar Bagh
Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Banyak pokok dan bunga yang jarang ditemui terdapat di sini dan musim terbaik untuk ke sini adalah ketika musim bunga dan luruh di mana pelancong dapat melihat pokok-pokok Chinar bertukar warna daunnya. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediaman yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja.
Dengan mengikuti Kashmir muslim tour package dari kami, anda di bawa untuk bermalam di houseboat Srinagar.
Srinagar – Sonamarg
Melawat kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yang menyambungkan antara Kashmir dan Tibet.
Dengan ketinggian 2730 m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake.
Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas. Menarik kan? menikmati alam semula jadi dengan menaiki kuda. Seronok~ ala-ala Raja dan Permaisuri gitu melawat sekitar panorama dan gunung- ganang. Dapat bayangkan tak dengan cuaca sana? Ini salah satu tarikan yang paling menyeronokkan dalam Kashmir tour package daripada Terlajak Travel.
Tempat menarik di Kashmir seterusnya kami akan bawakan anda ke Srinagar- Delhi- Agra. Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung.
Menaiki penerbangan domestik menuju ke Delhi. Setibanya di Delhi, meneruskan perjalanan dengan bas persiaran menuju ke Agra. Akan bermalam di Agra.
Taj Mahal
Merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang tepat. Kompleks ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada 1631 sebagai makam buat isterinya Mumtaz Mahal.
Keseluruhan kompleks ini dibina menggunakan batu marmar putih dengan 4 buah menara dan kubah bangunan utama mencapai ketinggian 73m. Tetamu pastinya akan teruja dengan keindahan monumen ini dan keseluruhan kompleks ini saat melangkah masuk pintu gerbang utamanya.
Agra Fort
Sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi.
Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota ini. Tembok kotanya sahaja sudah setinggi 70 kaki. Antara monumen penting di dalam kota ini ialah kolam mandi Jahangir’s Hauz yang setinggi 5 kaki, pintu Ghaznin Gate yang dibuat pada tahun 1030, Shish Mahal yang indah dengan ukiran mosaic kaca dan juga Musamman Burj yang merupakan sebuah ruang istirahat air pancut terletak di tingkat atas kegunaan Mumtaz Mahal.
Selepas penat seharian menggembara, anda akan dibawa bermalam di Delhi.
India Gate
Tugu peringatan yang dibina seakan pintu gerbang bagi 84,000 tentera India yang terkorban sepanjang Perang Dunia Pertama. Delhi – Kuala Lumpur HARI 7 SP/MT/MM
Raj Ghat
Memorial yang dibina bagi memperingati bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India.
Bersolat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang terbesar di India dan menjadi simbol kekuasaan empayar Islam di India pada zaman Mughal.
Qutub Minar
Menara yang dibina di atas runtuhan kota Lal Kot pada 1199 setinggi 72.5m dan merupakan sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam.
Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace, Parliament House, Birla Temple dan Lotus Temple. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Kenapa perlu memilih kashmir muslim tour package Private daripada Terlajak Travel?
Ini merupakan Kashmir muslim tour package daripada Terlajak Travel yang mesti anda ketahui termasuk :
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Tiket penerbangan domestik Delhi – Srinagar. Kelas ekonomi.
- Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3 bintang sepanjang lawatan, termasuk cukai bandar.
- Sarapan di hotel, tengah hari, dan makan malam mengikut aturcara,
- Tiket masuk ke tempat lawatan. Agra Fort dan Taj Mahal.
- Tiket menaiki kereta kabel ke Gulmarg Gondola.
- Pengangkutan sampan di Shikara Ride Dal Lake.
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa di Delhi dan Agra. Pengangkutan jeep/van untuk lawatan di Kashmir.
- Kos pemprosesan visa (untuk warganegara Malaysia
- sahaja).
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong professional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- Kami adalah agensi travel dari Malaysia untuk kashmir muslim tour package.
Mengapa perlu ke Kashmir ?
1. Setiap bulan menjanjikan permandangan berbeza. Nak view New Zealand, Canada, Switzerland, India, Iran, Turkey anda sure boleh dapat di Kashmir
2. Kos yang murah. Nak shopping pun best duit rupee murah. RM1=Rs18
3. Kashmir ada 4 musim – musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh.
4. Penduduk Kashmir 97 percent adalah orang Islam. Jadi makanan halal tidak menjadi masalah kepada pelancong.
5. Penduduk Kashmir ditindas oleh negara India. Sebagai membantu mereka bangun dari kesusahan, kita travel ke Kashmir sedikit sebanyak menjana ekonomi Kashmir. Jadi sila bertindak dengan mengambil Kashmir tour package kami.
6. Bayangkan, kalau kita ke kashmir, secara tidak langsung porter di airport dapat gaji, tourguide dan driver ada income, pak cik-pak cik yang jaga houseboat ada kerja dan dapat gaji, pekerja hotel dapat gaji dan tips, pengayuh shikara , tukang tarik sledge, tukang ajar org main ski, yang bawa snowbike, mereka yang jaga kuda, penjual kecil-kecilan berada di sepanjang lokasi akan dpt income.
7. Kos snow Kashmir dan activities yang murah. Bayangkan Rm 80 hingga Rm 100 dah boleh main ski, siap dengan trainer. Puas hati lah kan, jika ambil Kashmir muslim tour package daripada kami di Terlajak Travel.
8. Makanan dia sedap-sedap belaka. Beriani kambing, tabakh mas dan lain-lain. Ini adalah tarikan makanan bagi mengikuti Kashmir muslim tour package .
9. Kashmir tour package ini sangat sesuai pecinta alam. Bayangkan kita berkuda sambil menghayati keindahan semulajadi yg tenang dan mendamaikan.
10. Keunikan houseboat terapung di atas Dal Lake, kecantikan ukiran senibina bak istana, ditambah dengan pengalaman dilayan bagaikan raja dan permaisuri. Tidak dilupakan juga, pengalaman ber shikara ( sampan ) sambil shopping. Unik kan?
Bagi mereka yang berminat untuk sertai Kashmir muslim tour package private ini , sila > Book Now pakej Kashmir, Delhi dan Agra. Nak dapatkan itinerary ke Kashmir pun boleh tanya sini . Nak tahu harga tiket ke Kashmir rujuk sini