Adakah berbaloi Percutian ke Jepun ? apa tarikannya ?

percutian-ke-Jepun

Adakah berbaloi Percutian ke Jepun ? apa tarikannya ?

Mesti ada antara anda yang tertanya, berapakah kos melancong ke Jepun 2024? ada tak pakej muslim ke Jepun? dan ada tak pakej melancong ke Jepun bersama keluarga?

Bagaimana mahu pergi membeli-belah di Jepun, makanan popular Jepun seperti Ramen , sushi dan Matcha, fahami adat budaya Jepun, Sejarah dan destinasi lain di Jepun? percutian ke Jepun kali ini akan membantu anda untuk menerokai bandar matahari terbit. Tarikan di negara Jepun yang anda boleh terokai dengan menikmati seperti membeli-belah, nikmati 4 musim di Jepun, seni reka bangunan serta landskap, Anime Manga, mempelajari sejarah dan budaya rakyat Jepun. Juga  tidak ketinggalan menikmati pemandangan dan aktiviti pada waktu malam di bandar-bandar besar Tokyo. Dalam artikel ini kita akan tengok adakah berbaloi dengan kos melancong ke Jepun 2024 dan apa tarikannya .

pakej ke jepun
Lintasan dengan kesesakan pejalan kaki di Ginza
Konnichiwa! Mesti pernah dengar kan ayat keramat ini? Ia bermaksud hello. 

6 sebab mengapa anda perlu ikuti percutian ke Jepun

Sukan Olimpik 

Jepun adalah tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, tetapi ditangguhkan ke tahun 2021  akibat pandemik Covid-19. Acara sukan tersebut telah meningkatkan profil global Jepun sebagai destinasi pelancongan. 

Alam semula jadi 

Mempunyai pemandangan indah seperti Gunung Fuji, Taman Negara, dan juga Mata Air panas ( Onsen ) serta pantai . Landskap semula jadi ini telah berjaya menarik ramai pelancong dari seluruh negara. 

Selain daripada itu, tarikan lain iaitu  pada musim bunga, musim salji dan musim luruh. Dengan adanya 4 musim di Jepun, ramai pencinta alam semula jadi seperti pendaki gunung dan sukan ski untuk beraktiviti. 

Manakala,  sekitar musim bunga awal bulan April. Banyak bunga-bunga sakura sedang mekar mewarnai bandar di Tokyo. Jika anda seorang photographer, ini sebab mengapa perlu melancong ke Jepun untuk mendapatkan gambar-gambar yang cantik. 

Negara terbersih 

Jepun juga telah dinobatkan sebagai negara terbersih dan maju dengan infrastruktur moden. Ini menjadikannya destinasi yang menarik untuk pelancong yang mencari pengalaman. 

Rakyatnya juga telah dididik dengan menjaga kebersihan dari kecil. Jika menjumpai mana-mana sampah di sepanjang perjalanan, mereka akan mengutip dan membuangnya bagi menjaga kebersihan bandar mereka. Tidak hairanlah, jika boleh lihat ikan boleh di pelihara di dalam longkang kediaman masing-masing.

Kadar jenayah di Jepun juga rendah, jadi ia adalah negara selamat untuk pelancongan. 

Budaya Jepun 

Walaupun negara Jepun pesat membangun. Mereka tidak melupakan budaya tradisi mereka dengan minum teh sebagai ucapan selamat datang, sukan Sumo, menyediakan sewaan pakaian tradisi mereka iaitu kimono kepada para pelancong, dan lawatan ke kuil bersejarah. 

Pengangkutan dan mesra pelancong 

Kereta api peluru (shinkansen), sistem kereta api bawah tanah yang cekap dan laluan bas yang luas, bantu memudahkan pengembara untuk menerokai negara ini.

Ia menjadi negara mesra pelancong kerana di sepanjang jalan mempunyai signboard dalam Bahasa Inggeris. 

Makanan 

Negara Jepun juga menjadi antara negara yang telah mempopularkan makanan mereka keseluruh negara. Antara makanan tersebut adalah Sushi, Ramen dan Matcha. Secara tidak langsung telah bantu menarik pelancong dari seluruh negara untuk pelancongan. 

Masa terbaik untuk ke Jepun

Nak melancong ke Jepun, anda perlu tahu masa terbaik untuk  ke Jepun. Terdapat 4 musim di negara matahari terbit. Iaitu musim sejuk di jepun, musim bunga, musim luruh, dan musim panas. Jadi musim mana yang sesuai untuk melancong ke Jepun?

Jika ingin menikmati keindahan bunga-bunga sakura. Sila berkunjung pada bulan April, Iaitu musim bunga. Suhu semasa musim bunga sekitar 19.4 celsius di siang hari, manakala suhu musim bunga waktu malam 9.8 celsius. 

Pakaian musim bunga di Jepun ?

Dek kerana musim berangin dan sejuk. Anda boleh mengenakan scarf di leher dan juga parka ( tidak terlalu tebal tapi cukup melindungi tubuh daripada suhu yang rendah )


Aktiviti luar semasa musim bunga di Jepun 

Pesta bunga diadakan setiap kedatangan musim bunga  termasuk Ueno Sakura Matsuri di Taman Ueno dan Festival Bunga Sakura Nakameguro yang diadakan di sepanjang Sungai Megurogawa di Nakameguro. 

Pesta Sakura Taman Sumida dan Festival Bunga Sakura Chiyoda yang berlangsung di sepanjang laluan pejalan kaki Chidorigafuchi ke barat Istana Diraja. Kelopak bunga berterbangan di udara  jatuh seperti salji, dan terapung di permukaan sungai. Fenomena ini telah mencipta pemandangan musim bunga yang klasik.

Destinasi wajib Percutian  ke Jepun 

Percutian  tidak lengkap, sekiranya anda sendiri  tidak jejakkan kaki ke destinasi penting iaitu di Tokyo, Fuji, Gobenta, Kawagoe dan juga Oshino. Antara destinasi tersebut adalah : 

Asakusa 

Salah satu tempat pelancongan popular di Asakusa dan terletak di Tokyo Timur. Ia daerah tertua kuno di Tokyo. Selain itu, Asakusa adalah kuil tertua juga di sana. 

Nikmati pemandangan tepian sungai dengan menaiki bot yang disediakan. Atau anda boleh juga berjalan kaki di Nakamise Street untuk bersiar-siar di deretan kedai cendera hati. Kedai di sini adalah milik mereka sendiri. 

Antara  cendera hati dari jepun di sepanjang kedai-kedai kecil Nakamise, yang boleh di bawa pulang adalah seni kraf Jepun dan tradisi. Sebagai contoh, kipas tangan tradisional jepun, topeng dan anak patung kayu kokeshi . 

Akihabara

Daerah Akihabara di Tokyo Tengah digelar sebagai bandar Elektronik. Ianya dikatakan syurga bagi peminat Permainan elektronik seperti permainan game video, Anime, Manga dan kad koleksi. Semuanya boleh di dapati di bandar ini. Terdapat puluhan kedai-kedai yang menjual barangan permainan termasuk patung anime. 

Disepanjang kedai-kedai juga terdapat restoran dan hotel bertemakan anime. Terdapat juga pelayan restoran mengenakan pakaian anime untuk menyambut para tetamu. 

Ginza 

Senibina di Ginza, bukan sahaja mengagumkan peminat seni malah mampu membuatkan mata sesiapa terpegun sebaik melihatnya. Itu lah rekaan bahagian luar Ginza Place yang serba putih ( futurustik )  serta menakjubkan yang terletak di satu sudut Lintasan Ginza yang sesak.

Shibuya 

Bagi anda yang ingin merasai hiruk pikuk di lintasan pejalan kaki di bandaraya Shibuya. Ini lah tempatnya yang popular dengan kesesakan pejalan kaki di lintasan yang penuh kesibukan.

Untuk mendapatkan pemandangan atas yang cantik di lintasan pejalan kaki, anda disarankan naik ke mana-mana restoran berdekatan bagi tujuan pemotretan gambar. Selain itu, anda boleh juga bersedia dengan lensa kamera sewaktu melalui lintasan pejalan kaki untuk shoot yang cantik. 

Tarikan lain di Shibuya adalah tumpuan pusat membeli-belah dan restoran yang mengumpulkan   makanan dari seluruh Jepun. 

Tokyo Skytree 

Dengan bangunan pemerhatian setinggi 634 meter, anda boleh melihat negara Jepun  360 darjah  pemandangan dari Skytree. Menjadi tarikan utama pelancong untuk melihat matahari terbenam dari atas awan menerusi Tokyo Skytree.  Merupakan menara tertinggi di dunia dan masih merupakan struktur tertinggi di Jepun. 

Jika anda bercadang untuk pergi ke akuarium Sumida, boleh dapatkan tiket di sana. Harga tidak termasuk dalam pakej Percutian ke Jepun kami. 

Tokyo Imperial Palace 

Istana yang jauh dari kesibukan bandar-bandar di Jepun. Tidak di buka setiap hari untuk lawatan, kerana ia dibuka pada musim perayaan  tertentu sahaja. Dibuka pada tapak lama Keluarga di Raja istana sekitar 1869. Istana lama telah musnah semasa perang Dunia kedua dan dibina kembali dengan reka bentuk asalnya. 

8 kolam berhampiran Pergunungan Fujiyama

Lapan kolam terjadi dari hasil salji cair dari lereng Gunung Fuji berhampiran yang menapis ke bawah gunung melalui lapisan berliang lava selama lebih 80 tahun. Turut menghasilkan mata air yang sangat jernih. 5 Tasik ini terdiri daripada Lake Yamanakako , Lake Kawaguchiko , Oshino Hakkai , Lake Saiko, dan Lake Motosuke .

Bandar terdekat untuk melihat Gunung Fuji

Gunung Fuji

Simbol Ikonik

Gunung Fuji, atau Fuji-san, ialah puncak tertinggi Jepun dan simbol ikonik negara itu. Dengan ciptaan sempurna berbentuk kon simetri  telah memberi inspirasi kepada artis, penyair dan pengembara selama berabad-abad untuk menghasilkan karya mereka.

Musim Mendaki di Gunung Fuji atau Mt Fuji

 Musim pendakian untuk Gunung Fuji lazimnya berlangsung dari awal Julai hingga awal September apabila cuaca paling baik. Pada masa ini, denai mendaki gunung dibuka, dan pendaki boleh cuba untuk sampai ke puncak. Anggaran masa untuk sampai ke puncak gunung Fuji adalah 3 jam. 

Tempat melihat Gunung Fuji 

 Jangan risau, jika anda tidak mendaki Gunung Fuji.  Terdapat banyak tempat melihat untuk mengagumi puncak yang megah. Tempat popular termasuk wilayah Fuji Five Lakes (Kawaguchiko, Saiko, Yamanakako, Shojiko, dan Motosuko), Hakone dan Pagoda Chureito di Fujiyoshida.

Matahari Terbit dan tenggelam di Gunung Fuji

 Ramai pelawat berhajat untuk melihat matahari terbit dan tenggelam dari puncak Gunung Fuji, yang dikenali sebagai “Goraiko.” Walau bagaimanapun, anda juga boleh menikmati pemandangan matahari terbit yang menakjubkan dari pelbagai tempat pemerhatian di sekitar gunung.

Adakah tempat solat sewaktu melancong di Tokyo?

percutian-ke-Jepun

Jangan risau. Kami selaku agensi pelancongan mesra muslim akan bawa anda untuk bersolat di Tokyo Mosque dan Masjid Farooq e-azam Kawagoe.

Kesimpulan mengenai Percutian ke Jepun

Oleh itu, percutian ke Jepun ini sangat sesuai buat mereka khususnya kepada pencinta Anime / Manga, permainan video elektronik seperti Nintendo, menikmati musim bunga Sakura, musim sejuk di Jepun, mempelajari tradisi serta budaya orang Jepun, menikmati pemandangan dari Tokyo Skytree yang menampakkan Gunung Fujiyawa, serta merasai sendiri kesibukan hiruk pikuk di Lintasan Ginza. Ini lah antara pengalaman melancong ke Jepun yang menarik untuk jadikan kenangan hidup anda.

Bagi mereka yang ingin melancong ke Jepun bersama keluarga , anda boleh memilih pakej percutian ke Jepun bersama agensi pelancongan mesra muslim daripada Terlajak Travel. Kos melancong ke Jepun bermula dari RM 4,990 seorang dan potongan RM 50 untuk warga emas. Pakej 5 Hari 4 Malam ke Jepun tidak termasuk tiket lawatan bermain snow di Gala Yuzawa , Disneyland, Shinkanzen ( kereta api terpantas di Tokyo ) .

Dalam pakej ini anda akan di bawa melawat Tokyo, Osaka , Hiroshima dan Sapporo . Dapatkan itinerari ke Jepun . BOOK NOW untuk tempahan percutian ke Jepun pakej Ground.

percutian ke jepun
Pakej percutian ke Jepun Private. Buat mereka yang suka bergerak dalam group kecil.
Minat menulis artikel dengan format Search Engine Optimization ( SEO ). Email : norazlina181@gmail.com
Back To Top
× Chat On Whatsapp?